"PELAJAR TIADA PILIHAN DAN TERPAKSA BELAJAR DAN MENGHAFAL AL QURAN DI TEMPAT SEMPIT DAN TIDAK SELESA"
Firman Allah S.W.T
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Maarif yang terletak di kampung Sungai Kajang Batu Pahat Johor menampung seramai 145 orang pelajar, diiringi oleh 20 orang tenaga pengajar.Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran,Diniyyah,Bahasa Arab dan Akademik. Alhamdulillah,lengkap dengan Pencapaian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) untuk tingkatan 4 serta Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
PROSES PEMBINAAN TERPAKSA DIHENTIKAN & TERBENGKALAI KERANA..
Dengan berlakunya MCO dan kekangan dana kami terpaksa memberhentikan pembinaan ini dan kami serba salah dengan pelajar-pelajar kami yang terpaksa menerima impak belajar,menghafal dengan keadaan yang tidak selesa.kami juga terpaksa berhutang dengan pihak kontraktor gara-gara kekangan dana dan MCO yang melanda.
Oleh itu,kami memohon kepada tuan puan penderma di luar sana untuk bantu kami lancarkan usaha membina sebuah institusi ini supaya lengkap dan layak digelar sebagai sebuah sekolah yang bukan sahaja mengajar akademik, malah mendidik penghafal Al-Quran.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos pembinaan Maahad Tahfiz Al Maarif agar kami dapat terus membantu anak-anak ini menghafal dan belajar dengan selesa serta keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka belajar dan menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
"Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." (HR al-Bukhari & Muslim)
BERSAMA KITA DAPATKAN PAHALA BERTERUSAN DENGAN BERWAKAF DAN INFAK PEMBINAAN
“Saya mewakaf/menginfakkan wang saya berjumlah RM (20/50/100) Pada hari ini untuk usaha-usaha pemakmuran pembinaan Sekolah Maahad Tahfiz kerana Allah Taala.”
INFAK WAKAF – RM100
INFAK WAKAF – RM50
INFAK WAKAF – RM20
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF
RHB
20130360049075
Maahad Tahfiz Al Maarif | Jalan Haji Arshad Bin Melan, Parit Lintang Barat, Kampung Sungai Kajang, 83000 Batu Pahat | 011-261407976 Ustaz Azrain (Pengetua)