Kami Sangat Memerlukan Tajaan Berbuka Puasa & Sahur untuk Pelajar Madrasah Tahfiz Al Maarif

Nabi bersabda,


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya

pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) 

Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka berbuka puasa semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ketika ini,Pihak sekolah mengalami juga tempiasnya,dimana kami mengalami kekurangan dana untuk pelajar kami lebih-lebih lagi untuk berbuka puasa mereka(bagi yang berasrama).Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Maarif yang terletak di kampung Sungai Kajang Batu Pahat Johor menampung seramai 145 orang pelajar, diiringi oleh 20 orang tenaga pengajar.Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran,Diniyyah,Bahasa Arab dan Akademik. Alhamdulillah,lengkap dengan Pencapaian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) untuk tingkatan 4 serta Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Dalam 145 orang pelajar, hanya 5% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya.Dengan kenaikan harga barang yang naik ketika ini,agak terkesan jua kepada kami juga.



MERIAHKAN BULAN RAMADHAN YANG BERAKAH INI

TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150

TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75

TAJA 2 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30

TAJA 1 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF

RHB

20130360049075

LOKASI KAMI:

Madrasah Tahfiz Al Maarif |

Lot 1587,Jln Hj Arshad Melan,

Parit Lintang Barat,Kg Sg Kajang

,Batu Pahat,Johor


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: | 01126147976 Ustaz Azrain (Pengerusi)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN