BANTU KAMI MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL QURAN YANG BERJAYA & BERAKHLAK MULIA
Ketika harga barang terus meningkat dan kos sara hidup menjadi semakin tinggi, kami di Maahad Tahfiz Al-Maarif turut merasai tempiasnya. Dengan 145 pelajar yang sedang menuntut ilmu dan 20 orang tenaga pengajar yang berdedikasi, cabaran untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan harian menjadi semakin mencabar.
Di sini, pelajar bukan sahaja belajar menghafaz Al-Quran, tetapi juga dididik dalam Diniyyah, Bahasa Arab, Akademik, dan bersedia untuk menghadapi Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap usaha kami bertujuan melahirkan generasi yang celik Al-Quran, berilmu, dan berakhlak mulia.
Namun, kami tidak dapat melakukannya sendirian. Setiap hari, kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan tenang dan menerima keperluan asas yang mencukupi. Tapi, realitinya, kami perlukan bantuan anda.
Setiap infaq anda adalah harapan.
Infaq anda bukan sekadar memberi makan. Ia adalah pelaburan untuk akhirat. Anda membantu membentuk generasi yang akan menjadi pelita ummah, yang hafal Al-Quran dan membawa sinar Islam ke serata dunia.
“Sedekah tidak akan mengurangi harta, tetapi akan menambahkan keberkatan.”
Kami percaya, dengan keikhlasan hati anda, kita mampu bersama-sama mencorak masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini. Jazakumullahu khairan.
INFAQ SEDEKAH – RM100
INFAQ SEDEKAH – RM50
INFAQ SEDEKAH – RM30
INFAQ SEDEKAH – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF
RHB
20130360049075
Alamat Penuh: Madrasah Tahfiz Al Maarif | Lot 1587,Jln Hj Arshad Melan,Parit Lintang Barat,Kg Sg Kajang,Batu Pahat,Johor | 01126147976 Ustaz Azrain (Pengerusi)
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti kami yang lain seperti Pembinaan Pembangunan/kos Operasi Madrasah dan lain-lain