“Saya mewakaf/menginfakkan wang saya berjumlah RM (10/20/50) untuk usaha-usaha pemakmuran pembinaan Sekolah Maahad Tahfiz kerana Allah Taala.”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah S.W.T
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Maarif yang terletak di kampung Sungai Kajang Batu Pahat Johor menampung seramai 145 orang pelajar, diiringi oleh 20 orang tenaga pengajar.Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran,Diniyyah,Bahasa Arab dan Akademik. Alhamdulillah,lengkap dengan Pencapaian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) untuk tingkatan 4 serta Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
Alhamdulillah sepanjang pembinaan berlangsung, orang ramai mula membuka mata dan mula menderma bagi membantu melancarkan pembinaan madrasah.
NAMUN, PROSES PEMBINAAN TERPAKSA DIHENTIKAN & TERBENGKALAI KERANA..
Dengan berlakunya MCO dan kekangan dana kami terpaksa memberhentikan pembinaan ini dan kami serba salah dengan pelajar-pelajar kami yang terpaksa menerima impak belajar,menghafal dengan keadaan yang tidak selesa.kami juga terpaksa berhutang dengan pihak kontraktor gara-gara kekangan dana dan MCO yang melanda.
Oleh itu, kami memohon kepada tuan puan penderma diluar sana untuk bantu kami lancarkan usaha membina sebuah institusi ini supaya lengkap dan layak digelar sebagai sebuah sekolah yang bukan sahaja mengajar akademik, malah mendidik penghafal Al-Quran.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos pembinaan Maahad Tahfiz Al Maarif agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka belajar dan menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
PAKEJ A – RM300
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D – RM50
SEIKHLAS HATI – RM20
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF
RHB
20130360049075