"PELAJAR TIADA PILIHAN DAN TERPAKSA BELAJAR DAN MENGHAFAL AL QURAN DI TEMPAT SEMPIT DAN KURANG SELESA"




Firman Allah S.W.T

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”

Surah al-Muzzammil, ayat 20

Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Maarif yang terletak di kampung Sungai Kajang Batu Pahat Johor menampung seramai 145 orang pelajar, diiringi oleh 20 orang tenaga pengajar.Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran,Diniyyah,Bahasa Arab dan Akademik. Alhamdulillah,lengkap dengan Pencapaian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) untuk tingkatan 4 serta Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

"Amalan berwakaf di bulan Ramadhan adalah sangat digalakkan kepada semua masyarakat Islam kerana ganjaran yang akan diperoleh adalah sangat besar dan pahala yang berterusan walaupun telah meninggal dunia. Jom sama-sama kita tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan dengan berwakaf"

Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka.Dalam 145 orang pelajar,ada juga pelajar kami terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.

Walaupun begitu kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa belajar dan mengaji di tempat yang tidak selesa.Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.

Oleh itu, sempena Ramadhan yang barakah ini mari kita rebut peluang melipat kali gandaan pahala bersedekah kita Tuan/Puan untuk membantu kami menyiapkan projek pembangunan komplek Madrasah kami yang lengkap dan dapat melahirkan lagi hafiz-hafizah Al Quraan yang berjaya di dunia dan akhirat.

KEADAAN MADRASAH KAMI KETIKA INI


Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka belajar dan menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.

Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang. 

KAMI SEDANG MENYIAPKAN TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEREKA


BERSAMA KITA DAPATKAN PAHALA BERTERUSAN DENGAN BERWAKAF DAN INFAK PEMBINAAN


“Saya mewakaf/menginfakkan wang saya berjumlah RM (20/50/100) Pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk usaha-usaha pemakmuran pembinaan Sekolah Maahad Tahfiz kerana Allah Taala.”

INFAK WAKAF RAMADHAN – RM100

INFAK WAKAF RAMADHAN – RM50

INFAK WAKAF RAMADHAN – RM30

INFAK WAKAF RAMADHAN - RM20

Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.

MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF

RHB

20130360049075

Maahad Tahfiz Al Maarif | Jalan Haji Arshad Bin Melan, Parit Lintang Barat, Kampung Sungai Kajang, 83000 Batu Pahat | 011-261407976 Ustaz Azrain (Pengetua)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infak/Wakaf Ramadhan - RM100
Infak/Wakaf Ramadhan - RM50
Infak/Wakaf Ramadhan - RM30
Infak/Wakaf Ramadhan - RM20
Seikhlas Hati – RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN